Simpan sini dulu
Resepi Buttermilk Chicken
BAHAN-BAHAN:
1 ketul Dada Ayam - potong kiub kecil
1 bj Putih Telur
1/2 cwn Tepung Bestari (spicy atau biasa ikut suka)
2 sudu besar Butter
1 ulas Bwg Putih - cincang
2 tangkai Daun Kari
3-5 biji Cili Padi (ikut suka kalau nak pedas letak banyak)
1/2 cwn Susu Cair Evaporated (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada (ikut rasa)
CARA-CARA:
1. Perap ayam dgn telur kocak selama 1-2 minit.
Golekkan ke dlm tepung Bestari & goreng sehingga masak & garing.
2. Cairkan butter & tumis bwg putih, daun kari & cili padi masak sehingga wangi.
Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga pekat.
3. Tuangkan ke atas ayam goreng & hidangkan segera dgn nasi putih.
Kredit : Senduk dan kuali (ubahsuai ikut citarasa kita)
Comments
Post a Comment